Ciri – ciri keselamatan makmal ialah suatu tatacara yang memerangkan tentang langkah – langkah yang perlu diambil berat ketika berada di dalam makmal bagi memastikan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Terdapat beberapa keselamatan makmal antaran ialah :
Ø menjaga keselamatan diri dan keselamatan orang lain agar tidak berlaku sebarang kecederaan yang tidal diingini.
Ø Sentiasa berhati – hati dan dan waspada ketika ketika berada dalam makmal.Ini penting bagi memastikan tiada berlaku sebarang kemalangan ketika eksperimen dijalankan.
Ø Sentiasa menjaga kebersihan dalam makmal. Kebershan makmal perlu sentiasa berada dalam keadaan baik bagi memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan selesa.
Ø Mengetahui cara – cara menyimpan bahan – bahan makamal dengan betul.ini bertujuan agar tidak berlaku sebarang kesilapan dalam menjalankan eksperimen. Selain itu, ia mudah untuk diambil.
Ø Menggunakan alatan makmal dengan betul dan sempurna. Bagi alatan kaca, ia penting agar alatan ini tidak pecah.
Ø Mengetahui cara penggunaan alatan kecemasan. Ini penting apabila berlaku kemalagan seperti kebakaran di dalam makmal.
Ø Mengenakan pemakaian yang sesuai dalam makmal bagi melindungi diri. Contohnya memakai kot makaml, kasut yang bertutup.
Ø Menggunakan bahan kimia dengan betul dan menepati ciri – ciri keselamatan, agar tidak berlaku letupan, dan agar tidak mengenai diri.
SIMBOL DALAM MAKMAL SITOLOGI
BAHAN MUDAH TERBAKAR | BAHAN MUDAH TERBAKAR
· Menunjukkan bahan ini mudah terbakar.
· Perlu diletak ditempat yang jauh dari sumber api.
· Bahan ini perlu dikendali dengan berhati – hati. |
BAHAN BERACUN | BAHAN BERACUN
- Menunjukkan bahan ini beracun dan bertoksik.
- Bahan ini perlu dikendali dalam kebuk wasap bagi memastikan keselamatan pengendalinya.
- Pengguna perlu mengendali bahan ini berdasarkan label bahan ini, dan perlu menyimpan di tempat yang selamat.
|
BAHAN MUDAH MELETUP | BAHAN MUDAH MELETUP.
- Menunjukkan bahan ini mudah meletup apabila terdedah kepada api dan sensitif terhadap geseran.
- Perlu disimpan di tempat yang betul dan selamat.
- Pengedalai bahan ini perlu mengikut label yang terdapat pada bahain tersebut
|
| |
BAHAN RADIOAKTIF | BAHAN RADIOAKTIF
- Sisa – sisa bahan ini amat berhaya terhadap manusia dan alam sekitar.
- Boleh mengakibatkan kanser dan perubahan genetik.
|
KOROSIF | KOROSIF
- Ia bahan mudah menghakis dan boleh memusnah sel – sel badan apabila terkenanya.
- Bahan ini perlu dikendalikan dengan betul dan langkah – langkah keselamatan perlu dititik beratkan.
- Perlu disimpan ditempat yang selamat dan berlabel.
|
KOT MAKMAL | KOT MAKMAL
- Untuk melindungi diri daripada tumpahan bahan kimia dan bahan biologi.
- Mesti dipakai setiap kali melakukan eksperimen.
|
SARUNG TANGAN | SARUNG TANGAN
- Perlu dipakai setiap kali hendak melakukan eksperimen.
- Bertujuan untuk melindungi daripada tumpahan bahan kimia dan bahan biologi.
|
PEMADAN API | PEMADAN API
- Digunakan apabila berlaku kebekaran dalam makmal.
- Diletak ditempat yang mudah diambil.
- Perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan alat ini sentiasa berfungsi dengan baik.
|
EYE SHOWER | PENYEMBUR MATA
- Perlu berada dalam makmal dan perlu diperiksa agar berada dalam keadaan baik.
- Digunakan apabila terkena bahan kimia pada mata.
|
PETI KECEMASAN | PETI KECEMASAN
- Digunakan untuk merawat kecederaan kecil pada badan.
- Bahan yang perlu berada dalam peti kecemasan ialah kapas, iodine, gunting, pembalut luka dan lain – lain lagi.
- Diletak ditempat yang mudah dicapai.
|
| | |
SUMBER : PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK INI.