DIAGNOSTIK HEMATOLOGI : Mengkaji Peralatan Pembilang SDM, SDP, dan Platlet.

OBJEKTIF :
Untuk memahami cara penggunaan pembilang dan bagaimana
untuk membilang SDM, SDP, dan platlet menggunakan ruang
pembilang hemositometer.

TEORI :
Pembilang SDM, SDP, dan plalet dapat dilakukan dengan
mengguanakan ruang pembilang hemositometer. Terdapat pelbagai
jenis ruang pembilang hemositometer, walau bagaimanapun paling
kerap digunakan adalah ruang pembilang Neubaeur diperbaiki ( improved ). Cara pembilang adalah berbeza bagi setiap
kompenen darah dan ia bergantung pada petak – petak yang
terdapat pada ruang pembilang.

REAGEN :
( A ) Alat Radas
v Ruang pembilang Neubauer diperbaiki
v Pipet Thoma sel darah merah
v Pipet Thoma sel darah putih
v Sisip kaca
( B ) Peralatan

v Mikroskop

PROSEDUR :
1. Hemositometer diperiksakan supaya berdada dalam keadaan baik.
2. Ruang pembilang difokuskan pada kanta objektif 4 X 10. Keseluruhan ruang pembilang difokuskan.
3. Ruang pembilang difokuskan pada kanta objektif 10 X 10. 4 petak besar dipenjuru ruang pembilang dilihat. Petak nin adalah untuk pembilang sel darah putih.
4. Ruang pembilang difokuskan pada kanta objektif 40 X 10. Bahagiang tengah peta ruang pembilang dilihatkan. 3 garisan sempadan pada petak tersebut diperhatikan. Petak ini adalah untuk ruang pembilang sel darah marah dan platlet.
5. Bahagian mana sel – sel yang perlu dikira dan bahagian mana yang tidak perlu dikira diperhatikan.
clip_image001
KEPUTUSAN :
§ Ruang pembilang yang dilihat dilukiskan.
§ Petak – petak yang digunakan untuk membilang dikenalpastikan.
i ) Sel darah merah
ii ) Sel darah putih
iii ) Sel platlet

PERBINCANGAN :
Ø Hemositometer atau ruang pembilang digunakan untuk membilang sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Ruang pembilang yang digunakan adalah ruang pembilang Neubauer diperbaiki ( improved ). Ini kerana hemositometer ini mempunyai garisan pembahagian yang mempenyai 3 garisan berbanding dengan Neubauer biasa.
Ø Semasa pemeriksaan mikroskop cahaya, didapati terdapat 9 segiempat besar yang digarisi dengan garisan “double line ” dan “ single line ”. 9 segiempat tersebut dibahagikan kepada 4 segiempat tidak bergaris dan 5 segiempat bergaris.
Ø 4 segiempat yang tidak bergaris atau kawasan “ W ” digunakan untuk pengiraan sel – sel darah putih. Sementara segiempat di pertengahan kawasan bergaris atau kawasan “ R ” digunakan untuk pengiraan sel – sel darah merah dan segiempat kecil yang berada di tengah – tengah dalam segiempat di pertengahan kawasan bergaris atau “ R ” digunakan untuk pengiraan sel platlet.

KESIMPULAN :
Ø Pelajar dapat mengenalpastikan hemositometer atau ruang pembilang. Selain itu, pelajar juga dapat memahami cara penggunaan pembilang dan bagaimana untuk membilang sel darah merah, sel darah putih, dan sel platlet.

SOALAN :
1. Nyatakan persediaan – persediaan awal sebelum menggunakan mikroskop.
v Kanta objektif hendaklah di bersihkan dengan kertas lensa sebelum memulakan eksperimen.
v Mikroskop hendaklah berada dalam keadaan baik sebalum digunakan.
2. Mengapakah mikroskop perlu di selenggarakan setiap kali penggunaannya.
v Untuk memastikan tiada kesilapan semasa pengiraan.
v Untuk memastikan imej yang akan dilihat dengan adalah jelas.


SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.