PARASITOLOGI-TEKNIK PERWARNAAN KEKAL

PENGENALAN

Perwarnaan kekal amat penting untuk membezakan pelbagai spesies protozoa usus, penyimpanan sebagai rekod makmal dan untuk memerhatikan spesies protozoa dengan lebih jelas. Terdapat dua kaedah perwarnaan kekal iaitu teknik pewarnaan Trikrom dan teknik pewarnaan Iron-Haematoxylin.

1. TEKNIK PEWARNAAN TRIKROM

PRINSIP

Ia merupakan teknik yang cepat dan sesuai untuk mengenalpasti protozoa usus (trofozoit dan sista). Pewarnaan ini boleh digunakan pada feses yang telah diawet dengan alcohol polivinil (PVA) atau pada feses segar yang difiksasi. Teknik ini menghasilkan kontra warna yang lebih baik berbanding pewarnaan Iron-Haematoxylin. Protozoa mungkin juga akan mengecut kerana mengalami proses dehidrasi. Mungkin juga akan terkeliru dengan objek lain yang juga terdapat dalam smear contohnya makrofaj, sel darah putih, Blastocystis hominis dan yis.

PROSEDUR

APUSAN FESES DAN PEWARNAAN

1. Perwarnaan trikrom untuk feses yang diawet dengan PVA

2. Feses yang diawet dengan PVA ditapis kedalam tabung emparan (15ml)

3. Empar selama 5 minit pada kelajuan 2500rpm

4. Buangkan supernatant

5. Slaid kaca dilapisi serum manusia

6. Feses yang terawet diambil dengan mengunakan berus rambut yang halus dan apusan dibuat pada slaid kaca tadi

7. Pewarnaan dilakuan.

8. Tincture iodine 1 minit

9. 70% alcohol 1 minit

10. 70% alcohol 1 minit

11. Pewarnaan trikrom 8 minit

12. Asid alcohol 10 saat

13. Absolute alcohol 1 minit

14. Absolute alcohol 1 minit

15. Xylene 1 minit

16. Mounting in DPX 1 minit

KEPUTUSAN

Negative kerana penderma sampel adalah orang yang sihat

Keputusan yang positif dapat dilihat:

-Latar belakang feses akan berwarna hijau

-Sitoplasma organism berwarna hijau kebiruan

-Kromatin nucleus, jasad kromatin dan organel lain berwarna merah

-Mungkin akan terkeliru dengan objek lain yang terdapat dalam apusan seperti makrofaj, sel darah putih dan juga yis

2. TEKNIK PEWARNAAN IRON-HEMATOXYLIN

PRINSIP

Merupakan prosedur yang lebih panjang dan kontra warna yang kurang jelas. Prosedur yang mengambil masa yang lama dan panjang. Kebiasaannya ia memberikan keputusan warna perang.

KAEDAH

1. 70% iodine alcohol 5 minit

2. 70% alcohol 5 minit

3. 50% alcohol 5 minit

4. Air mengalir 10 minit

5. 4% iron alum 5 minit

6. Air mengalir 1 minit

7. Haematoxylin 10 minit

8. Air mengalir 10 minit

9. Saturated picric acid 5 minit

10. Air mengalir 10 minit

11. 50% alcohol 5 minit

12. 70% alcohol 5 minit

13. 95% alcohol 5 minit

14. Absolute alcohol 5 minit

15. Absolute alcohol 5 minit

16. Xylene 10 minit

17. Mounting in DPX

KEPUTUSAN

Negative kerana sampel diambil daripada penderma yang sihat

Positif akan terhasil:

· Latar belakang feses berwarna hitam

· Nucleus dan jasad inklusi lebih cerah daripada sitoplasma

PERBINCANGAN

Pewarnaan trikrom bertujuan:

· Simpanan rekod makmal

· Hantar ke makmal untuk rujukan pakar

· Baik dan cepat untuk mengenalpasti pelbagai spesies protozoa usus ( trofozoit dan sista)

Pewarnaan Iron-heamatoxylin

· Memberikan warna kelabu kebiruan

· Nucleus hitam iaitu warna lebih gelap daripada sitoplasma

· Persediaannya mengambil masa yang panjang

KESIMPULAN

Pewarnaan kekal ini bertujuan untuk melihat protozoa usus sahaja. Pewarnaan trikrom mengambil masa yang pendek sahaja jika disbandingkan dengan pewarnaan iron-heamatoxylin.

SUMBER: Pelajar yang mengambil subjek ini.