BIOKIMIA : Urinalisis

KAEDAH :

i. Makroskopik urinalis

ii. Analisis kimia urin ( Dipstik )

iii. Mikroskopik urinalis

OBJEKTIF :

Supaya pelajar dapat membuat urin analisis untuk menentukan kenormalan atau keabnormalan sistem urinari.

TEORI :

· Makroskopik urinalis

Makroskopik urinalis adalah ujian awal komponen urin. Pemerhatian secara langsung urin adalah untuk melihat sifat fizikal urin dari segi warna, isipadu, bau dan kekeruhan.Urin yang normal berwarna kuning pucat sehingga kuning gelap atau keperangan dan kelihatan jernih.Isipadu normal urin ialah 750-2000 ml/24 jam.

· Analisis kimia urin (Dipstik)

Ujian dipstik merupakan ujian yang paling ringkas dan kos efektif untuk menaksir urin.Sistem mikrokimia ini boleh digunakan untuk analisis kuantitatif dan semi kuantitatif.Pemerhatian yang rapi amat perlu untuk mengelak bacaan yang tidak tepat.

Perubahan warna yang berlaku pada test strip dibandingkan dengan carta warna untuk mendapatkan keputusan.

· Mikroskopik urinalisis

Mikroskopik urinalis adalah untuk melihat objek-objek besar dan kecil seperti kristal, casts, sel skuama, sel darah dan bakteria dengan menggunakan mikroskop. Kehadiran objek-objek tertentu di dalam urin dapat menentukan kenormalan atau keabnormalan yang berlaku dalam sistem urinari manusia.

REAGEN/ALAT RADAS :

A) Biomaterial : i. urin

B) Alat radas : i. Bekas pengumpul urin

ii. Glove

iii. Dipstik dengan 11 parameter

iv. Panduan pembacaan dipstik

v. Mikroskop

vi. Mesin pengempar

vii. Tiub pengempar

viii. Slide kaca dan cover slip

ix. pipet

PROSEDUR:

A) Makroskopik urinalisis

1. Pemerhatian terhadap urin diperhatikan dan dicacat dari segi :

i. Bau

ii. Warna

iii. Kekeruhan/kejernihan

B) Analisis kimia urin (Dipstik)

i. Kesemua parameter ’dipstick’ dicelup ke dalam urin debgan penuh selama 3 minit.

ii. Parameter ’dipstick’ dikering.

iii. Bacaan diambil dan dibandingkan dengan piawai yang telah disediakan.

C) Mikroskpik urinalisis

i. 10-15 ml urin ( yang telah disebatikan ) diempar pada 3000 rpm selama 5 minit.

ii. Senahagian supernatant dibuang sehingga hanya 0.2-0.5 ml sahaja yang tinggal di dalam tiub.

iii. Bahagian bawah tabung uji dijentik bebrapa kali untuk sebatikan baki supernatant.

iv. Satu titik supernatant ( yang telah disebatikan ) dititiskan ke atas sliad kaca dan ’ coverslip ’ diletak diatas titisan tersebut. Elakkan pembentukan gelembung udara.

v. Lihat di bawah mikroskop.

KEPUTUSAN:

a. Makroskopik urinalisis

    • Bau – sedikit manis ( aromatik )
    • Warna - kuning muda / kuning pucat ( normal )
    • Kekeruhan/kejernihan – jenih

b. Analisis kimia urin ( Dipstick )

Dipstick

Keputusan

Urobilinogen

Normal ( 0.1 )

Glukosa

Normal ( -ve )

Bilirubin

Positif ( +ve )

Keton

+++ 100 ( 10 ) mg / dL

Spesifik graviti ( S.G )

1.025

Blood

Negatif ( -ve )

pH

6

Protein

+ 30 ( 0.3 ) g/L

Nitrit

pos

Leukosit

+25

PERBINCANGAN :

clip_image001 Eksperimen ini dijalankan untuk menetukan kenormalan atau keabnormalan sistem urinari. Eksperiemn ini dijalankan melalui tiga kaedah iaitu makroskopik urinalisis, analisis kimia urin ( Dipstick ) dan mikroskopik urinalisis.

clip_image001[1] Pemeriksaan makroskopik urinalisis dilakukan berdasarkan tiga segi iaitu bau, warna dan kekeruhan. Keputusan yang diperolehi dari aspek bau ialah sedikit manis ( aromatik ). Ini menunjukkan individu ini tidak di infeksi oleh bakteria.

clip_image001[2] Selain itu, warna urin adalah kuning muda / kuning pucat. Ini menunjukkan urin ini adalah normal. Warna urin disebabkan oleh pigmen urokrom yang berwarna kuning, urobilin dan hematoforfirin. Manakala kekeruhan/kejernihan urin yang diuji ialah jernih. Ini menunjukkan urin ini normal. Kekeruhan urin disebabkan oleh nukleoprotein, mukoid, sel-sel spitelium.

clip_image001[3] Bagi ujian analisis kimia urin ( dipstick ), keputusan yang diperolehi ialah glukosa normal. Ini menunjukkan tidak berlakunya glikosuria, dimana glikosuria terjadi sesudah makan banyak karbohidrat. Selain itu, urin yang diuji tidak mengandungi darah. keputusan pH yang urin yang diuji ialah pH 6. pH urin biasanya sedikit berasid.

clip_image001[4] Selain itu, keputusan protein urin menunjukkan ialah + 30 ( 0.3 ) g/L. Protein dalan urin dikenali sebagai proteinuria. Kandungan proteinuria adalah jenis fisilogik. Ini kerana jumlah urin yang dikumuhkan adalah dalam kuantiti yang kecil. Kandugan proteinuria jenis fisilogik bergantung kepada kerja berat dan makan makanan yang mengandungi protein yang banyak.

clip_image001[5] Bagi ujian secara mikroskopik urinalisis, keputusan yang diperolahi menunjukkan tardapatnya kristal tirosin, kristal kalsium oksalat, cast, dan sel leukosit. Kehadiran kriatal tirosin menunjukkan individu ini berkemungkinan menghidap penyakit hepar yang teruk. Manakala bagi kristal kalsium oksalat, menunjukkan individu ini berkemungkinan terdapat kalkuli dalam salur urinari. Bagi sel leukosit, berkemungkinan individu ini diinfeksi oleh bakteria.

KESIMPULAN :

clip_image001[6] Urin yang dianlisis ini adalah normal dan kemungkinan individu ini menghidap sesuatu penyakit dapat dikenalpasti.

SOALAN :

1. Berikan factor-faktor yang menyebabkan kekeruhan urin.

clip_image001[7] dibiar lama disebabkan oleh nucleoprotein, mukoid, sel-sel epithelium.

clip_image001[8] endapan fosfat

clip_image001[9] endapan urit

clip_image001[10] kehadiran bahan-bahan asing dalam urin seperti kristal, sel darah putih, dan cast.

clip_image001[11] gangguan pada saluran renal atau ginjal.

2. Apakah penyakit yang menyebabkan kehadiran Bence John (BJ) protein di dalam urin?

clip_image001[12] penyakit Hodgkin

clip_image001[13] multiple myeloma

clip_image001[14] limfosarkoma

3. Apakah maksud hematuria?

clip_image001[15] urin yang mengandungi sel darah merah.

4. Apakah maksud pyuria?

clip_image001[16] urin yang mengandungi nanah.

 

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.