IMUNOHEMATOLOGI-Pungutan Dan Pemprosesan Contoh Darah.

Objektif bagi pungutan dan pemprosesan contoh darah ialah memahami dan mengenalpasti jenis-jenis dan fungsi ujian saingan yang dilakukan pada darah penderma. Selain itu, mengatahui prosedur untuk pemprosesan spesimen darah dan memahami kepentingan dalam penyimpanan spesimen darah dengan cara yang wajar.

Definisi bagi penderma allogenik ialah penderma darah daripada seseorang individu lepada individu yang lain. Plasmaferesis pula ialah proses pengasingan plasma daripada darah dengan menggunakan mesin khas. Manakala Sitaferesis ialah proses pengasingan komponen selular darah seperti platlet, eritrosis dan leukosit dengan menggunakan mesin khas.

Jenis – jenis penderma ialah allogenik iaitu penderma yang menderma darahnya untuk individu lain. Aféresis pula penderma yang menderma untuk pengasingan terus komponen melalui mesin. Manakala autologus ialah penderma yang menderma darahnya kegunaan dirinya sendiri.

Penjagaan sebelum pendermaan ialah syarat-syarat sebelum penderma menderma darah. Antara syarat-syaratnya ialah mengambil makanan jika pengambil makanan terakhir telah melebihi 4 jam. Mengetahui pekerjaan penderma dan memberi nasihat yang sesuai. Penderma diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai prosedur pendermaan darah dan penderma juga hendaklah memastikan tidur penderma melebihi 5 jam serta penderma akan ditenangkan.

Pungutan darah ialah langkah-langlah setelah penderma dipilih melalui prosedur pemilihan penderma. Penderma hendaklah bersedia untuk phlebotomi ( peralatan seperti BP set, tiub darah dan beg darah yang sesuai ). Prosedur phlebotomi mestilah dilakukan oleh sesesorang individu perubatan yang terlatih dan dilakukan di bawah teknik aseptik serta sistem bertutup san steril.

Selepas itu, kawasan yang sesuai dipilih untuk veinpunture. Penderma tidak seharusnya ditinggalkan tanpa pemerhatian dan penderma hendaklah sentiasa merasa selesa dan terangkan prosedur. Pastikan tiada komplikasi yang terjadi ketika proses pungutan darah dilakukan.

Prosedur Phlebotomi dimulakan dengan memilih vena yang sesuai. Kemudian, bersih dan steril kawasan vena yang telah dipilih. BP cuff atau Tourniquet digunakan dengan mengikat pada bahagian lengan ( pastikan tidak terlalu ketat ). Jarum dimasuk ke dalam pembuluh darah pada sudut 30 º dan perhatikan jarum dan tiub yang dipasang. Kemudian tutup bahagian yang telah dicucuck dengan } gauze ~ steril. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda tindakbalas.

Ujian penyaringan ialah ujian-ujian penyaringan yang dilakukan selepas darah penderma dipungut dan sebelum transfusi darah dilakukan. Antara jenis-jenis ujian penyaringan ialah pengesahan kumpulan darah, ujian penyaringan Ab, ujian saringan kumpulan O, dan ujian saringan penyakit berjangkit.

a. Pengesan kumpulan darah

- ABO Typing dilakukan dengan menggunakan Kaedah tiub Direct dan Indrect.

- Ujian Rhesus ( jika negatif, ujian D dilakukan )

b. Ujian penyaringan Ab

- Apabila suatu Ab dikesan dalam ujian Keserasian, atau Ujian Saringan, ia perlu dikenalpasti secara spesifik.

- Ujian ini untuk mengenalpasti Ab tersebut dengan menggunakan serum yang diuji dengan beberapa sel yang telah diketahui antigennya ‘ panel cells ’.

c. Ujian saringan kumpulan O

- Ujian saringan Ab hemolisin pada serum penderma kumpulan O perlu dilakukan.

- Jika hemolisin hadir, darah tersebut hanya boleh diberi kepada pesakit / penerima kumpulan O sahaja.

- Darah kumpulan O yang mempunyai titer kurang 1/50 adalah sesuai digunakan sebagai darah ‘ O Emergency ’ ( Low Titre ).

- Darah kumpulan O yang mempunyai titer lebih 1/50 digolongkan sebagai High Titre dan sesuai untuk penerima O.

d. Ujian saringan penyakit berjangkit

- Penyakit sifilis

- Hepatitis B ( HBsAg )

- Hepatitis C ( HCV Ab )

- HIV ( HIV antibody 1&12 )

- Malaria

- Ujian tambahan yang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain seperti anti-CMV, anti HTLV 1&2.

Penjagaan selepas pendermaan ialah syarat-syarat yang perlu dilalui oleh perderma darah selepas derma darah. Selepas menderma darah, penderma tidak boleh melakukan kerja berat selepas beberapa jam prosedur. Selain itu, penderma tidak mengangkat objek berat selepas beberapa jam prosedur. Jika pendarahan berlaku semula di kawasan ‘ veinpuncture ’, tekanan langung digunakan semula sehingga darah berhenti.

Selain itu, penderma hendaklah mengambil cecair beberapa jam selepas prosedur sehingga 24 jam. Penderma juga perlu duduk di dalam kawasan penderma darah sekurang-kurangnya 10 minit selepas prosedur dan tidak merokok sekurang-kurangnya ½ jam selepas prosedur. Jika terasa pening, penderma hendalah duduk dan rendahkan kepala atau tinggikan kaki ( baring ).

Kesimpulannya ialah proses pungutan dan pemprosesan contoh darah perlu dititikberatkan dari kesihatan penderma sehingga ke penjagaan selepas pendermaan. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku komplikasi.

Contoh-contoh peralataan yang digunakan dalam proses pungutan darah dan pemprosesan darah

clip_image002 clip_image004

               Packed cell tube                            Packed cell

clip_image006 clip_image008

Setiap unit darah yang didermakan           pc volume tube tpp

clip_image010 clip_image012

            Whole blood                                    leukosit

clip_image014 clip_image016

         Kot makmal                        Kot makmal

clip_image018 clip_image020

Sarung tangan              Topeng muka

 

SUMBER : PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK INI.