IMUNOHEMATOLOGI-DARAH

PENGENALAN

DERMA DARAH...sekiranya anda pernah menderma darah walaupun sekali, anda adalah merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan tidak ternilai harganya!! Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah.

DARAH

Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.

JENIS-JENIS PENDERMAAN

Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole blood donation) dan pendermaan secara aferesis (apheresis donation).

PENGENALAN

Pendermaan darah penuh dan pendermaan secara aferesis merupakan pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah yang didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (Packed Cell).

clip_image002 SEL DARAH MERAHclip_image004PLASMA

clip_image005

PENGHASILAN SDM DAN SDP

KRITERIA MENDERMA DARAH

Isipadu darah yang diambil bergantung kepada berat badan penderma. Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 ml bagi berat badan melebihi 50 kg. Sekiranya badan di antara 45 hingga 50 kg, kuantiti darah yang diambil ialah sebanyak 350 ml. Keseluruhan proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Penderma darah penuh ini boleh menderma setiap 3 bulan sekali.

PENDERMAAN AFERESIS

Pendermaan aferesis ialah pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi Plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma Platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali.

KRITERIA ASAS MENDERMA DARAH

• Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)

• Berat badan melebihi 45 kg.

• Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.

• Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.

• Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.

• Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia) Berumur tidak melebihi 55 tahun

• Berat badan 55 kg dan ke atas.

• Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.

• Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

PROSES MENDERMA DARAH

• Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.

• Menimbang berat badan

• Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.

• Menjalani sessi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.

• Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.

• Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 - 15 minit.

• Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.

• Penderma akan dihidangkan dengan makanan / minuman ringan

NASIHAT KEPADA PENDERMA SELEPAS MENDERMA

• Selepas menderma,penderma dinasihatkan berehat di katil menderma darah selama sekurang-kurangnya 10 minit. Selepas itu, bolehlah bangun daripada katil sekiranya tiada apa-apa masalah seperti loya, pening, kepucatan atau rasa hendak pitam.

• Penderma juga digalakkan  mengambil minuman dan makanan yang telah disediakan selepas menderma.

• Dinasihatkan meminum banyak air selepas dalam tempoh 12 jam selepas menderma menderma Ini adalah untuk mengembalikan cecair yang hilang semasa pendermaan darah.

• Jangan mengambil minuman beralkohol untuk beberapa jam selepas menderma.

• Jangan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti berat seperti payung terjun, menyelam, berenang mendaki gunung serta sukan lasak dalam tempoh 24 jam selepas menderma.

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.