PARASITOLOGI-Pemeriksaan Feses

Pengenalan

Pemeriksaan pesakit mesti dilakukan sebelum pesakit menjalani pemeriksaan radiologi yang menggunakan barium sulfat. Feses yang mengandungi barium sukar untuk diperiksa dan protozoa usus mungkin tidak dapat dikenali dalam masa seminggu atau lebih selepas di beri barium.Beberapa jenis rawatan dengan ubat kan menggangu pengenalpastian protozoa usus,khasnya rawatan dengan ubat bismuth,antibiotic,antimalaria, dan antidiarea yang tidak dapat di serap oleh usus.Setelah rawatan di hentikan,specimen feses mungkin tidak mengandungi apa-apa jenis parasit untuk beberapa minggu.

Objektif

-Pelajar dilatih mengikut prosedur cara-cara :

1. Pemeriksaan feses

2. Pengumpulan specimen

3. Bilangan pengambilan specimen

4. Jenis specimen dan masa pemeriksaan

5. Pengawetan specimen

6. Pemeriksaan specimen secara makroskopik dan mikroskopik

7. Pemprosesan feses

8. Teknik mendiagnos parasit dari pemeriksaan feses

Prosedur

Pemeriksaan feses

  1. Pemeriksaan ke atas feses pesakit mesti dilakukan sebelum pesakit menjalani pemeriksaan radiologiyang menggunakan barium sulfat.Ini kerana barium sulfat akan mengganggu pemeriksaan ke atas feses.
  2. Beberapa jenis rawatan dengan ubat akan mengganggu pengenalpastian protozoa usus,khasnya rawatan yang mengguna ubat bismuth,antibiotic,antimalaria dan antidiarea yang tidak dapat diserap oleh usus.

Cara pengumpulan feses

1. Feses harus dikumpul di dalam bekas yang bersih,penutup yang kuat dan mempunyai mulut yang luas.tujuannya ialah agar feses tidak tumpah dan mengekalkan kelembapan di dalam eksperimen.

2. Specimen tidak boleh di campur dengan air yang mempunyai protozoa hidup bebas,tidak boleh dikaut dari mangkuk tandas,dan tidak boleh mengumpul feses yang bercampur dengan urin kerana ini akan menghentikan pergerakan protozoa.

3. Specimen feses yang segar harus di tangani dengan cermat kerana mungkin setiap specimen dapat menularkan beberapa penyakit kepada pemeriksa.

4. Setiap specimen harus di labelkan dengan nama pesakit,nombor pendaftaran,wad/klinik,tarikh,masa kutipan dan lain – lain maklumat penting.

Bilangan pengambilan specimen

1. Spesimen mesti diambil lebih dari sekali sebelum pesakit dirawat.seelok-eloknya sebanyak 3 kali.

2. Specimen di ambil pada hari berbeza iaitu berselang hari.

Jenis pemeriksaan dan masa pemeriksaan

1. Pemeriksaan feses segar yang cair harus di lakukan dalam masa 30 minit daripada pengeluaran najis.Jika tidak specimen harus di awet dalam PVA atau pengawet lain.

2. Spesimen feses yang lembut sebaiknya diperiksa sebelum 1jam setelah dikeluarkan.Jika ini tidak dapat dilakukan,maka specimen feses perlu diawetkan.

3. Feses yang terbentuk tidak perlu pemeriksaan segera kerana feses ini boleh diawet dan di simpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C .

4. Spesimen yang di simpan dalam peti sejuk akan mematikan tropozoit tetapi sista protozoa boleh hidup dalam masa kira-kira 1 bulan.

5. Specimen perlu disimpan dalam botol yang di tutup rapid an jangan letak di tempat sejuk beku atau dalam inkubtor sebelum pemeriksaan dilakukan.

Pengawetan specimen

1. Pengawetan feses perlu dilakukan jika jarak makmal jua dari tempat pengumpulan feses.

2. Proses pengumpulan akan menentukan morfologi protozoa tidak berubah dan telur cacing tidak berkembang lebih lancut.

3. Bahan pengawet yang biase digunakan ialah :

· PVA

· Pengawet Schaudinn

· 10% formalin

· MIF ( methiolate-iodine-formalin)

Pemeriksaan specimen feses secara makroskopik dan mikroskopik

1. Bentuk feses samaada terbentuk,separa terbentuk,lembik atau cair adalah pentingditentukan kerana ia member maklumat mengenai peringkat parasit yang hidup dalam usus.

2. Tropozoit biasa terdapat didalam feses yang lembik atau cair.manakala sista sering terdapat didalam semua jenis feses tetapi agak sukar ditemui telur cacing didalam feses cair kerana factor pencairan.

3. Segmen cacaing pita boleh didapati di permukaan feses atau bahagian dalam.Cacing kerawit dan Ascaris terdapat pada permukaan najis.

4. Spesimen feses yang terdapat darah menunjukkan adanya beberapa factor penting dan harus di catat dan dilaporkan.Tinja yang berwarna hitam kecoklatan menunjukkan berlakunya pendarahan pada bahagian atas salur penghadaman.Dalam beberapa infeksi parasit boleh terdapat darah dan mucus(lender).

5. Bahagian feses yang terdapat darah dan mucus harus diperiksa dengan teliti untuk mengesan tropozoit Entamoeba histolytica.

6. Darah occult dalam feses mungkin juga ada kaitan dengan infeksi parasit,namun begitu keadaan ini boleh juga disebabkan penyakit lain.

Pemprosesan feses

1. Pengesanan parasit dalam feses paling mudah dan tepat dibuat jika specimen yang diterima masih segar dan diproses segera kerana specimen lama atau lewat diproses memungkinkan parasit telah berubah bentuk dan strukturnya.

2. Spesimen yang tidak dapat dihantar segera ke makmal perlu di awet dengan 10% formalin dan PVA.

3. Proses specimen feses boleh mengikut kaedah berikut:

· Apusan langsung feses dengan salin normal,eosin dan iodine

· Jika apusan langsung negetif,teknik kepekatan yang bersesuian atau kultur di lakukan.

· Jika masih negetif,beberapa specimen lain harus diperiksa.

· Jika specimen positif, beban cacing boleh dianggarkan jika perlu dengan menggunakan teknik kuantitatif yang sesuai.Pewarnaan kekal biasanya dilakukan untuk disimpan sebagai rekod atau untuk pengenalpastian sesuatu sepsis.

Perbincangan

Ujian amali yang dijalankan bertujuan melatih pelajar cara – cara pemeriksaan feses,pengumpulan feses,bilangan pengambilan specimen,jenis specimen dan masa pemeriksaan ,pengawetan specimen,pemeriksaan specimen secara makroskopik dan mikroskopik,pemprosesan specimen dan teknik mendiagnos parasit dari pemeriksaan specimen.Bahan pengawet yang di gunakan didalam ujian ini bertujuan untuk mengekalkan struktur morfologi parasit yang belum ditentukan jenisnya dengan lebih lanjut.Bahan pengawet yang selalu di gunakan ialah Polyvinylalkohol (PVC),Formaldehyde, dan Methiolate-iodine-formalin (MIF).Setiap bahan pengawet yang digunakan mempunyai kebaikkan dan keburukkan.Kebanyakkan makmal menggunakan lebih dari satu kaedah pengawetan.

Kesimpulan

Pelajar Berjaya menjalankan ujian ini dengan baik seperti yang di harapkan.Pelajar juga telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan ketika menjalankan ujian ini.

SUMBER: Pelajar yang mengambil subjek ini.